Koma-koma (atau kuma-kuma), kumkum, zafaran atau safron merupakan sejenis rempah diperolehi daripada stigma kuning keemasan dalam bunga ungu sejenis tumbuhan spesies Crocus sativus. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Yunani, Turki, Iran dan Kashmir. a memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Oleh itu, di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum, ia turut digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit perkilo. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love' dalam bahasa Inggeris.
Antara keistimewaannya, koma-koma boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat anemia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.
Koma-koma adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan koma-koma selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.
Apa khasiat koma koma atau saffron ni sampai mahal sangat harganya?
Koma koma atau Saffron yang berkualiti boleh dikenalpasti melalui beberapa ujian. Saffron paling berkualiti ialah saffron yang hanya mengandungi urat merah sahaja, ini gred Premium (A). Dalam pasaran, ada fake saffron. Sebab apa? Sebab saffron ialah herba paling mahal di dunia. Bila dapat buat yang fake, mereka (scammer) akan dapat untung yang sangat besar. Telur dan beras pun ada yang fake, apatah lagi saffron yang mahal ni kannn.
Di Turki, pengeluaran saffron yang berkualiti tinggi gini untuk setahun hanyalah 30 kg saje. Sebab bukannya kerja yang mudah untuk hasilkan saffron ni. Urat saffron ni ditarik sehelai demi sehelai dari bunga saffron. Tak boleh diproses dengan mesin. Semua by manual, dengan tangan.
CARA KENAL PASTI FAKE SAFFRON:
1. Boleh minta dengan penjual untuk cuba rasa
saffron. Penjual yang jujur akan bagi kita rasa.
- Masukkan dalam mulut, kemudian ludah atas tisu. Kalau saffron itu putus-putus dan air liur warna perang @ kuning yang tak cantik, kemungkinan besar ini saffron palsu. Tapi kalau jadi sebaliknya, air liur jadi kuning terang sekata, dan saffron tidak putus lepas kena liur, itu saffron yang betul.
2. Masukkan dalam air panas atau
suam.
- Boleh minta dengan penjual untuk cuba teh saffron (panas). Masukkan beberapa urat saffron ke dalam air panas, dan tengok air bertukar warna. Kalau urat saffron maintain warna merah ini yang betul. Kalau fake saffron, urat saffron ni mungkin bertukar warna kekuningan atau koko.
KHASIAT SAFFRON
- sangat sesuai dalam untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, ia efektif bagi pesakit Alzheimer, asthma, depression (ambil untuk tempoh 6-8 minggu), masalah haid, kanser, batuk, batuk kokol, kahak, dan kulit kering.
- Selain itu saffron ni juga digunakan dalam masakan untuk warna dan aroma rasa. Saffron jugak digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Disebabkan baunya yang sangat best.
No comments:
Post a Comment