Asam jawa atau celagi ialah
sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan
masakan harian di Malaysia. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa,
Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind
(English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa
Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok
(Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).
Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.
Secara tradisional, buah asam jawa juga terkenal sebagai penawar batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi sebagai ulam. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik halus, dicampurkan dalam sambal belacan, dimakan bersama nasi.
KHASIAT ASAM JAWA
1. Demam
Ambil segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala pesakit sambil disertakan selawat.
2. Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya larutkan dalam air. Sapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Sakit Asma
Rebus dua biji asam jawa yang telah dipatahkan dengan satu liter air sehingga mendidih. Kemudian ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua kali sehari. Insya-Allah jika diamalkan boleh mengurangkan masalah asma.
4. Batuk/Perit Tekak
Caranya campurkan pes asam jawa, bersama gula dan segelas air. Kemudian ditapis, minum seperti biasa dua kali sehari.
5. Luka / Bisul
Untuk yang mengalami luka atau masalah bisul juga boleh gunakan daun asam jawa. Ambil daun yang muda dan boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
6. Alergik
Ambillah dua atau tiga golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1 sudu kecil kapur sirih. Rebus semua bahan tersebut dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas. Kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan petang.
7. Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Sediakan 3 hingga 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Sapukan dengan minyak kayu putih di tempat yang bengkak. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut di atas bahagian anggota yang bengkak.
8. Turunkan Berat Badan
Air asam jawa amat sesuai dijadikan minuman harian. Air asam jawa mampu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Caranya: Ambil sekepal asam jawa, ramas dalam segelas air. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, tubuh akan bertambah segar dan langsing.
9. Melancarkan sistem pencernaan
Larutkan sesudu pes asam jawa dalam segelas air, tapis. Campurkan perahan lemon dan 2 sudu madu minum airnya setiap pagi.
10. Merawat Kencing Manis
Air rebusan daun asam jawa pula boleh diamalkan minum bagi mengubati penyakit kencing manis dan batuk yang disebabkan gatal kerongkong.
11. Merawat Demam Panas
Rebus segenggam daun asam jawa dalam 5 gelas air selama 20 minit. Tapis, campur dengan air limau nipis dan gula. Minum 2 kali sehari sebagai penawar demam panas.
12. Merawat Kulit Muka
Ambil 1 sudu asam jawa bancuh dalam sedikit air. Tambahkan sedikit kunyit yang ditumbuk, jadikan pes. Sapukan pada muka. Tunggu sehingga 15 minit, kemudian bilas muka hingga bersih. Ulangi 3 kali seminggu agar kulit kelihatan cerah.
.
Slm
ReplyDelete