Saturday, November 28, 2020

KHASIAT BUAH LANGSAT

Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack.  atau juga Lansium domesticum var pubescens.

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada ulas yang berasingan terdedah. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan. Nama sub spesies lain adalah dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, atau kokosan.

Buah langsat hampir nak sama dengan buah duku. Saiz buah, warna kulit buah dan isinya tu sangat mirip dengan buah duku. Apa yang berbeza dengan buah duku ialah rasa buah langsat yang lebih masam sikit dari buah duku. 

Kulit buah langsat juga lebih nipis jika dibandingkan dengan buah duku dan dalam beberapa hari selepas dipetik, kulit langsat juga bertukar hitam dengan lebih cepat.

Tapi kalau nak tahu, di sebalik rasa masamnya, buah langsat mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. antara khasiatnya ialah : 

1. KABOHIDRAT

Setiap 100 gram buah langsat mengandungi 13 gram karbohidrat. Kiranya kalau kita makan lebih daripada 100 gram buah ni, dah tentu lagi banyak la karbohidrat yang kita dapat.


2. UBAT KECACINGAN

biji langsat boleh digunakan sebagai ubat cacing.  Keringkan biji buah langsat dan kemudian hancurkan. Di tambah dalam minuman atau dibancuh dan minum.


3. UBAT NYAMUK

Kulit buah langsat mengandung beberapa zat yang cukup dibenci nyamuk. Untuk sebagai ubat nyamuk, keringkan kulit buah ini. Setelah kering, bakar seperti bakar ubat nyamuk. Ini cara lebih alami, kerana ubat nyamuk dari kulit buah langsat tidak mengganggu pernafasan.


4. SENGATAN KALA JENGKING

Getah kulit buah langsat boleh di sapu pada pada kulit yang terkena gigitan kala jengking dan biarkan ia kering. Lakukan berulang kali sehingga bengkak dan luka sembuh sepenuhnya.


5. KUATKAN TULANG DAN GIGI

Dalam 100 gram buah langsat terdapat kandungan fosforus 9 mg dan kalsium 18 mg dan mineral 0.7 gram. Sesetengah bahan ini cukup penting dalam mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.  Makan buah langsat secara tak langsung tulang dan gigi kita  sihat yang mungkin dapat mencegah dari sakit tulang dan kehilangan gigi.


6. UBAT REDAKAN PANAS BADAN.

Biji dari buah langsat dapat digunakan sebagai ubat turunkan panas badan. Selepas isinya dimakan, bijinya jangan dibuang.  Jemur hingga kering. Selepas di keringkan, panggang atau sangai biji buah langsat. Setelah itu dikisar halus dan dibancuh dengan air panas. 

Rasanya agak pahit, tetapi ia sangat berkesan untuk menurunkan panas badan. Jadi, jangan teragak-agak nak jadikan langsat ni sebagai makanan ringan yang sihat. Banyak manfaat dari buah langsat ni.


No comments:

Post a Comment