Friday, November 27, 2020

KUNYIT SEBAGAI UBAT CAIR DARAH

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

DARAH CAIR

Darah cair (Thin Blood). Ini juga dikenali sebagai ‘thrombocytopenia’. Keadaan ini merupakan sebuah fenomena di mana anak encik mempunyai kekurangan sel platelet dalam darah. Platelet berfungsi untuk memastikan tahap kepekatan darah optimum dan juga membantu menghasilkan gumpalan darah beku apabila berlaku sebarang luka supaya tidak berlaku pendarahan yang berlebihan.

Tanda darah cair harus dikenal pasti oleh setiap orang supaya mereka akan mengetahui masalah yang dialami dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor. Antara gejala yang berlaku berikutan penyakit darah cair ini ialah:

  • Pendarahan yang banyak waktu haid. Hal ini akan berlarutan sepanjang tempoh haid mereka dan darah mereka akan berkeadaan cair dan dalam kuantiti yang banyak.
  • Luka berdarah dengan banyak. Akibat daripada kekurangan platelet untuk menghentikan pendarahan, pendarahan berlaku dengan banyak dan darah yang keluar adalah darah cair.
  • Badan berasa lemah, mudah pengsan atau cepat pening. Apabila mengalami darah cair dan banyak kehilangan darah maka golongan ini akan rasa cepat letih akibat kehilangan darah atau penyakit yang berkait rapat dengan thrombocytopenia seperti SLE.
  • Lebam yang sukar hilang. Selalunya kita melihat lebam akan hilang dengan sendiri dalam masa 2-3 hari. Namun dalam kes penyakit darah cair ini, lebam akan bertahan selama seminggu lebih.
  • Kulit, muka serta kuku kelihatan pucat. Ini pula disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen untuk organ dalaman dan membawa kepada masalah ini.
  • Bintik bermerahan pada kulit. Keadaan ini disebabkan oleh urat kecil bawah kulit yang pecah menghasilkan bintik-bintik merah pada kulit.
  • Pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Ini juga merupakan gejala berikutan penyakit darah cair yang harus diambil tahu.


UBAT’ CAIR DARAH MENGGUNAKAN KUNYIT DAN BAWANG PUTIH

  1. Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun,  pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan. 
  2. Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen. 
  3. Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
  4. Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dipanaskan, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit
  5. Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser. 
  6. Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum



No comments:

Post a Comment