Cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Nama lain bagi cili api di Indonesia lebih popular dengan Cabe Rawit atau Lombok Rawit. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.
Bagi penggemar sambal belacan atau masak lemak cili padi mesti suka beli cili padi banyak banyak kan. Bila dah beli banyak tu kena la simpan betul betul biar kekal segar dan tak busuk.Berikut saya kongsikan cara mudah bagaimana nak kekalkan kesegaran cili padi ni.
PETUA SIMPAN CILI PADI AGAR KEKAL SEGAR
BAHAN BAHAN
- Cili padi
- Bekas tipuware (kalau nak guna brand 'Tupperware' pun boleh)
- 1 ulas bawang putih (kupas kulitnya)
CARA CARANYA :
- Korang ambil cili padi tu, korang buang tangkainya.
- Lepas tu korang cuci bersih cili padi tu dan toskan.
- Masukkan cili padi dan seulas bawang putih yang telah dikupas kulit ke dalam tipuware. Tutup rapat ye.
- Simpan la dalam peti ais korang tu.
- In syaa Allah, cili padi tetap segar dan dapat bertahan dalam tempoh 1-2 minggu.
No comments:
Post a Comment