Saturday, November 28, 2020

KHASIAT BIJI DAN BUAH NANGKA

Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla) merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi (Moraceae), yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam

Buah nangka sememangnya sedap untuk dimakan. Namun ramai yang mengelak biarpun rasanya manis dan sedap. Ia sering dianggap sebagai makanan yang menyebabkan angin dalam badan. 


Kalau korang nak tau, buah nangka ni ada banyak khasiat dan kebaikannya. Dibawah ni saya share beberapa petua kecantikan guna biji nangka.

1 - HILANGKAN KEDUTAN DI WAJAH

Campuran biji nangka dengan susu segar dapat menghilangkan kedutan ringan di wajah. 

Caranya :

  • Rendam biji nangka dalam susu sejuk seketika, kemudian, kisarkan campuran tersebut. 
  • Setelah itu, sapukan pada kedutan pada wajah. Amalkan setiap hari.

PETUA 2 - SIHATKAN RAMBUT

Bagi yang mengalami masalah rambut yang lambat panjang, boleh lah mencuba petua makan biji nangka. 

  • Basuh bersih biji nangka, rebus hingga empuk dan boleh dimakan. 
  • Biji nangka juga boleh membantu melancarkan edaran darah pada kulit kepada sekaligus mampu menyuburkan rambut.

PETUA 3 -  CANTIKKAN KULIT 

Caranya :

  • Rendamkan biji nangka dalam susu bersama madu. 
  • Kemudian, kisar semua bahan tersebut dan sapukan pada keseluruhan wajah. 
  • Biarkan hingga kering dan bilas bersih.

Khasiat buah nangka pula ada la seperti berikut :

1. MELAWAN KANSER

Buah nangka adalah satu makanan anti kanser, kerana ia mengandungi nutrien phytonutrients yang mampu melawan punca kanser. 


2. BAIK UNTUK MATA

Kandungan vitamin A serta C dalam nangka adalah antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh dan dapat menjaga kesihatan mata kita


3. MENJAGA TEKANAN DARAH

Kandungan kalium yang sangat tinggi dimana amat berguna untuk menjaga tekanan darah supaya terus normal dan mencegah sebarang jangkitan.


4. MENCEGAH RISIKO HEART ATTACK & STROKE

Buah nangka juga mempunyai banyak vitamin B seperti niacin, riboavin, thiamin serta folat yang dimana ianya amat diperlukan oleh tubuh kita.


5. MEMBANTU PEMBENTUKAN TULANG 

Beton (dalam biji nangka) dapat berikan kandungan gizi seperti protein, karbohidrat serta tenaga yang tidak kurang hebat seperti buahnya. 

Mineral yang sangat penting seperti zat besi, fosfor, serta kalsium yang mana dapat menjadi peranan paling utama dalam pembentukan, memperkuat dan meningkatkan kesihatan tulang. 

Rajin makan buah nangka boleh kurangkan risiko osteoporosis. Bukan hanya itu, kandungan kalium dalam nangka juga boleh mengurangkan kadar kehilangan kalsium melalui ginjal.


No comments:

Post a Comment