Thursday, November 26, 2020

PETUA CEGAH PENYAKIT GOUT DENGAN CUKA EPAL

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Bagi yang mengidap gout tentu derita bila kaki mula membengkak kan. Kesian tau kalau tengok, derita sangat rasanya. Aruah abah Yana macam ni juga dulu kadang sampai tak boleh jalan. Semuanya berbalik pada cara pemakanan kita. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom tengok petua dalam mencegah penyakit gout.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1 sudu cuka epal
  • 1 gelas air suam

CARA MENYEDIAKAN

  • Ambil satu sudu cuka epal 
  • Campur dengan segelas air suam
  • Boleh ditambah sesudu madu jika mahu. 
  • kacau dan minum. 
  • Niat kan minum agar Allah merawat badan dan penyakit gout.

Lakukan setiap hari untuk meneutralkan kadar asid dalam darah. Amalan makan epal juga digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan. 


No comments:

Post a Comment