Thursday, November 26, 2020

CARA MENGELAK DARI TERKENA PETIR

Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi petir.

CARA MENGELAK MENJADI MANGSA PANAHAN PETIR

1. Sentiasa menyemak ramalan cuaca di lokasi anda atau lokasi berhampiran lokasi anda . 

  • ketahui jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir melalui teknik ' flash to bang ' dengan mengambil kira berapa lama tempoh masa yang diambil untuk bunyi guruh dapat didengari sejurus selepas cahaya kilat dilihat. kelajuan bunyi guruh dianggarkan sekitar 0.2 batu sesaat. Jika 5 saat masa yang diambil antara cahaya kilat dilihat dan bunyi guruh didengari, ribut petir adalah dianggarkan berada sejauh 1 batu daripada lokasi anda berada.
  • Oleh itu , anggaran jarak ribut petir boleh diketahui dengan mengira masa yang diambil untuk mendengar guruh selepas cahaya kilat dilihat dan membahagikannya dengan 5 . contoh :- Cahaya kilat dilihat pada jam 12:00 PM dan diiringi bunyi guruh selepas 30 saat kemudian. Jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat dibahagikan dengan 5 =  6 batu . 6 batu itu merupakan anggaran jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir . Mengikut peraturan 30/30  ('30/30 Rules') , 
2. Anda perlu segera mencari tempat perlindungan seperti dalam bangunan dan rumah jika jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat atau kurang . Jarak ribut petir begitu hampir dengan anda ketika itu dan boleh terdedah dengan panahan petir .

 AWAS

  • Elakkan berteduh di bawah pokok dan berada di kawasan berair serta memegang barang yang diperbuat daripada logam .
  • Kereta boleh dijadikan tempat perlindungan sekiranya anda berada jauh dari bangunan atau rumah .
  • Jika sedang memandu , sebaiknya berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin dan letakkan tangan anda di paha. Elakkan menyentuh mana-mana bahagian dalaman kereta seperti pintu , stering mahupun gear .
  • Keadaan hanya boleh dianggap selamat untuk anda kembali ke kawasan terbuka dalam tempoh minimum 30 minit selepas cahaya kilat terakhir yang dilihat atau bunyi guruh terakhir yang didengari .


3. jika anda di kawasan terbuka dan tiada tempat perlindungan ,  Segera berada dalam posisi Pertahanan Petir iaitu dengan cara :

  • Mencangkung 
  • Turunkan tubuh anda serendah yang mungkin kerana ia mengurangkan kemungkinan dipanah petir. 


* AWAS !

  • jangan sekali-kali berbaring di tanah kerana sekiranya petir memanah tanah, aliran arus elektrik mungkin akan mengalir melalui tubuh anda.
  • Jengketkan kaki dan pastikan hanya jari kaki yang bersentuhan dengan tanah 
  • Petir berkemungkinan memanah tanah terlebih dahulu sebelum memasuki tubuh anda. Dengan meminimumkan sentuhan dengan tanah, risiko menjadi pengalir arus elektrik dapat dikurangkan
  • Sentuhkan tumit kaki kiri anda dengan kaki kanan 
  • Jika arus elektrik mengalir dalam tubuh anda melalui salah satu kaki,  maka ia akan mengambil laluan tersingkat untuk keluar ke tanah semula . Dengan menyentuhkan kedua - dua tumit anda, arus elektrik berkemungkinan memasuki kaki yang satu lagi dan keluar dari kaki serta mengelakkan daripada melalui anggota tubuh yang lain. Teknik ini dapat mengurangkan kecederaan serius.
  • Tekupkan tangan di telinga . Ini adalah bagi melindungi telinga daripada bunyi kuat yang mampu memekakkan telinga .

4. sekirannya anda berkumpulan di kawasan terbuka semasa berlaku ribut petir, elakkan berada berdekatan antara satu sama yang lain. Berpecahlah . Ini akan mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa panahan petir sekiranya ia berlaku .

5. jika anda berada di dalam bangunan atau rumah :

  •  Jangan sentuh peralatan elektrik .
  •  Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding .
  • Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi

 

BANTUAN AWAL UNTUK MANGSA PANAHAN PETIR

  • Dapatkan bantuan perubatan dengan menghubungi nombor kecemasan 999 .
  • Berikan bantuan kecemasan awal .
  • Perhatikan kawasan sekeliling. Berapa ramai mangsa yang dipanah petir ? Seorang sahaja atau ramai ? Adakah ribut petir masih berlaku ? Adakah keadaan selamat untuk memberikan bantuan ? Jangan terburu-buru kerana mungkin boleh menyebabkan lebih banyak nyawa yang terkorban .
  • Berhati-hati dengan petir yang sabung menyabung . Jangan dedahkan diri , mangsa atau penyelamat kepada risiko dipanah petir.Jika perlu , alih mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum memberikan bantuan kecemasan awal.
  • Tentukan sama ada mangsa dipanah petir atau terkena renjatan elektrik di tanah . Panahan petir adalah lebih berbahaya .
  • Berikan pertolongan cemas. Periksa pernafasan dan denyutan jantung.
  • Jika mangsa berhenti bernafas , mulakan bantuan pernafasan .
  • Jika jantung telah berhenti berdegup, orang yang terlatih harus memberikan CPR (Cardio Pulmonary Rescue – CPR) . Patuhi peraturan terkini Palang Merah iaitu dua (2) hembusan nafas menyelamat diikuti dengan 30 tekanan dada (dengan pantas) dalam tempoh 30 saat.
  • Teruskan memberi bantuan CPR sehingga penyelamat tiba , walaupun tiada sebarang respon daripada mangsa. Selepas 30 minit bantuan CPR, peluang untuk hidup adalah tipis.
  • Bagi mangsa yang mempunyai denyutan nadi dan pernafasan, berikan bantuan bagi sebarang kecederaan lain.
  • Tempat yang terbaik untuk memeriksa denyutan nadi adalah pada arteri karotid (di leher) dan arteri femoral (di belakang lutut). Petir sering menyebabkan serangan jantung.

 

KECEDERAAN AKIBAT PANAHAN PETIR YANG LAIN :

  • Selain serangan jantung dan masalah pernafasan, periksa jika ada bahagian tubuh yang terbakar di dua tempat iaitu di bahagian panahan petir dan bahagian arus elektrik meninggalkan tubuh mangsa. 
  • Tentukan kecederaan lain seperti  kerosakan otot dan trauma yang tidak kelihatan seperti patah tulang dan organ pecah. Sesetengah mangsa boleh mengalami gangguan sistem saraf, tidak sedar dan mengalami amnesia. Rawat semua kecederaan ini dengan bantuan kecemasan awal sehingga bantuan tiba . 

 

No comments:

Post a Comment