Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. Cekur mmg banyak khasiatnya. Rugi besar kalau kaum wanita tak amalkan isi cekur dan daun cekur.
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium,
zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil
aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan
angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi
mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang
dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan
mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan
dapat antioksidan.
Antara khasiat cekur
1. Anti penuaan
2. Memecahkan angin dalam urat saraf
3. Mengucupkan dan memulihkan rahim ibu bersalin
4. Memperbanyakkan susu
5. Menguatkan rahim dan mencegah keguguran
6. Mengelakkan sembelit
7. Mempercepatkan sembuh luka
Cekur juga boleh dijadikan ulam.Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.
No comments:
Post a Comment