Friday, November 27, 2020

BUAH LEMON DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya.

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China. Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron

KHAISIAT BUAH LEMON

  • Lemon merupakan sejenis buah yang bukan sahaja baik untuk tujuan kecantikan. Namun sangat baik untuk kesihatan.  Buah lemon mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh seperti vitamin A, C, E, folat, magnesium, niacin, potasium, kalsium, copper, zat besi, fosforous, protein dan juga flavonoid.
  • Flavonoid yang merupakan salah satu jenis antioksida yang sangat bermanfaat kepada tubuh badan kita. Buah lemon sering diamalkan sebagai petua turun temurun. Ianya sering digunakan dalam masakan, minuman dan rawatan kulit muka. 
  • Sebenarnya, lemon bukan sekadar petua turun temurun yang boleh diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan malahan dengan kemajuan penyelidikan sains, buah lemon telah dibuktikan boleh menjadi antara rawatan natural yang berkesan dalam pelbagai jenis penyakit.


ANTARA KHASIAT LAIN

  • Hanya dengan menghidu buah lemon sahaja boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi pesakit hypertension. 
  • Menghidu bauan gabungan lemon essential oil, rosemary dan peppermint membantu legakan sembelit pada warga tua.
  • Menyembuhkan nafas berbau apabila digabungkan dengan tea tree oil dan peppermint, ia dapat mengurangkan sebatian bau dan sulphur dalam nafas pesakit ICU 
  • Lemon membantu kurangkan risiko kanser esophageal.Kandungan flavone dalam lemon telah didapati menurunkan risiko kanser esophageal. 
  • Jus lemon mempunyai nilai terapi dalam rawatan thrush pada mulut (jangkitan candida ) dalam pesakit HIV / AIDS. 
  • Lemon membantu larutkan batu karang pada buah pinggang, terapi jus lemon boleh menjadi alternatif yang bermanfaat untuk pesakit nephrolithiasis hipocitraturis (jenis batu ginjal). 
  • Lemon boleh mengurangkan keradangan dan mempunyai kesan yang signifikan dalam kajian vivo dan in vitro anti-radang. 
  • Jus lemon adalah antioksida dan bersifat cardioprotective boleh melindungi hati 
  • Amalan minum jus lemon membantu melindungi terhadap kolera dimana ia berkesan menghalang vibrio cholera sejenis  patogen yang boleh menyebabkan kolera. 
  • Buah lemon adalah antioksida yang kuat dan mengelakkan oksidasi LDL.Salah satu punca utama mengapa kolesterol LDL boleh menyebabkan penyakit jantung adalah ia mengoksidakan kolesterol LDL, mengakibatkan artherogenicity (merosakkan lapisan dalaman arteri). Lemon adalah antioksida  yang kuat dan mampu mencegah pengoksidaan LDL. 
  • Lemon essential oil membantu meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan atau perasaan cemas.Minyak lemon didapati mempunyai kesan relaksasi (anxiolytic) terhadap kemurungan  melalui modulasi neurotransmitter. 
  • Buah lemon boleh membantu mengekalkan berat badan yang ideal.Kandungan polyphenol dari kulit lemon menekan obesiti yang disebabkan oleh diet, hyperlipidemia, hyperglycemia and rintangan insulin 
  • Ramai  tidak menyedari bahawa buah lemon juga merupakan antara salah satu sumber natural vitamin C yang terpekat di muka bumi ini.
  • Tidak seperti vitamin C yang dikomersialkan seperti asid askorbik yang merupakan vitamin C dalam bentuk dan sifat sintetik.


No comments:

Post a Comment