Friday, November 27, 2020

PETUA MENDAPATKAN TELUR REBUS YANG LICIN

Telur rebus merupakan telur yang dimasak di dalam air mendidih dalam keadaan masih terbungkus kulit telur. Telur rebus adalah makanan yang terkenal semasa sarapan pagi di kebanyakan beberapa buah negara.

Telur yang di masak di dalam air tanpa cengkerang dikenali sebagai telur kukus, sedangkan telur yang dimasak di bawah suhu didih, baik dengan atau tanpa cengkerang dikenali sebagai telur separuh masak. Telur rebus yang masak direbus dalam tempoh yang lama sehingga putih telur dan kuning telur menjadi pepejal sedangkan pada telur separuh masak, kuning telur kurang pepejal kadangkala malah berwarna putih atau sebahagian berbentuk cecair.

Telur Rebus mengandung tenaga sebanyak 154 kilokalori, protein 12.2 gram, karbohidrat 0 gram, lemak 0 gram, kalsium 54 miligram, fosforus 0 miligram, dan zat besi 2.7 miligram. Selain itu di dalam Telur Rebus juga mengandungi vitamin A sebanyak 900 IU, vitamin B1 0.1 miligram dan vitamin C 0 miligram. Hasil tersebut didapati melalui kajian terhadap 100 gram telur rebus, dengan jumlah yang dapat dimakan sebanyak 100 %.

PETUA MENDAPATKAN TELUR REBUS YANG LICIN

Untuk mendapatkan telur rebus yang licin dan mudah dikupas, masukkan sedikit garam dan minyak masak ketika merebus telur.

  • Pastikan telur tenggelam ketika merebus telur.
  • Manakala Untuk mendapatkan telur rebus dengan kuning telur di tengah-tengah, kacau telur perlahan-lahan ketika air mula mendidih sehingga telur masak sepenuhnya. Telur kuning akan berada di tengah-tengah.

.

No comments:

Post a Comment