Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang, talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m. Inai ditanam secara komersial di negara-negara UAE, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan.
Orang Islam menggunakan Inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan, baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan memudahkan atau membezakan pengenalan diantara tangan seorang perempuan dengan tangan lelaki.
KHASIAT DAUN INAI
Inai adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah.
Dipercayai inai mempunyai sifat antibiotik, malah bertindak sebagai agen antibakteria, antikulat dan astringen. Cuma sekarang ni dah jarang kita gunakan rawatan ni. Dulu pernah ada pengalaman sakit selepas bersalin. Badan jadi lenguh-lenguh dan selalu berasa sangat sejuk walaupun cuaca panas terik. Puas berubat cara moden tapi tak baik- baik.
Antara lain khasiat daun inai ialah :
1. Merawat Dalaman Wanita.
Rebus 5 helai daun sirih dan segenggam daun inai dalam 5 gelas air. Rebus sehingga 4 gelas air. Minum segelas setiap pagi. Air rebusan boleh menghilangkan sakit urat dan sengal-sengal badan.
2. Sembuhkan Luka dan Kudis (kuku), Bisul dan Kulit.
Caranya ialah tumbuk daun sehingga hancur. Sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
3. Merawat Sakit Perut.
Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
4. Merawat Kebotakan.
Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
5. Melancarkan Haid, Keputihan dan Lepas Bersalin.
Jus inai dapat merawat masalah pendarahan berlebihan (haid), melancarkan haid dan nifas, mengawal keputihan serta lenguh-lenguh badan. Tumbuk segenggam daun inai sehingga jadi pes. Bancuh pes inai dalam segelas air suam, tapis dan minum setiap pagi selama 3 hari berturut-turut. Rawatan ini juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
6. Merawat Sakit Kepala dan Kelemumur.
Tumbuk segenggam/lebih daun inai. Campurkan sedikit air, lumur diseluruh kepala. Biarkan hingga kering dan bilas.
7. Merawat Bengkak Gusi dan Sakit Tekak.
Rebus segenggam daun inai. Kumur setiap pagi dan malam sebelum tidur dengan air rebusan ini.
No comments:
Post a Comment