Penyakit kencing manis ataupun (DM = Diabetis melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
- Diabetis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
- Diabetis jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
- Diabetis Gestasi ialah diabetis yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.
Rawatan tradisional untuk merawat kencing manis. Secara umumnya hanya menggunakan bahan teesebut :
- Sebiji Peria katak dan
- Sebiji apple hijau.
Blend dan minum . Boleh juga simpan dalam peti ais jika nak minum sejuk. Buat pengetahuan Semua, bila dah campur peria dan apple, tidak lah berapa pahit sangat. kos nya pun murah je.
No comments:
Post a Comment