Thursday, November 26, 2020

BUNGA TELANG DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Bunga telang atau Clitoria ternatea dalam bahasa saintifiknya ibarat ramuan penting dalam menghasilkan nasi kerabu. Jika nasi yang dihidangkan menggunakan pewarna tiruan, khasiat yang terkandung dalam bunga telang tersebut tidak dapat diekstrak oleh tubuh. Tambahan, warna yang dihasilkan dari bunga telang juga amat berbeza. Nasi kerabu kelihatan lebih selera jika mengunakan warna dari bunga telang berbanding pewarna tiruan

Bunga telang juga dijadikan sebagai minuman seperti sirap. Minuman yang terkenal dihasilkan dari bunga telah adalah dengan mancampurkan sedikit jus limau atau lemon bersama keratan daun pandan. Lebih enak, di isikan sedikit biji selasih. Ia berupaya menyegarkan dan menyejukkan badan. 

KHASIAT BUNGA TELANG

Berikut merupakan hasiat bunga telang untuk pengetahuan bersama.Antara khasiat dan manfaat lain bunga telang ialah:


1.Menyuburkan rambut

Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.


2. Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.


3. Merawat ulser mulut.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.


4. Insomnia

Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.


5.Mengubati bisul

Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.


6.Melawaskan kencing

Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.


7.Membersihkan mata

Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.


8.Perbaiki haid wanita

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.


9.Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.


10.Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)


11. Sebagai detox

Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem pencernaan. Amik 2 hingga 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!


12. Mengubati batuk

Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma


13. Ubati bronchitis

Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.


14. Mencuci darah

Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah


15. Ubati sakit telinga

Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.


No comments:

Post a Comment