Friday, November 27, 2020

CARA MEMILIH BUAH DURIAN YANG BAIK

Durian (Tulisan Jawi: دورين) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran.

CARA MEMILIH DURIAN DAN JENIS-JENIS DURIAN 

1. Bentuk bulat. 

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.


2. Berat durian. 

Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.


3. Tangkai. 

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.


4. Bunyi. 

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.


5. Duri. 

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.


6. Bau. 

Hidu durian dan cari yang berbau manis.


7. Juring. 

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.


8. Kulit. 

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.


9. Warna.

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.


10. Musim. 

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.


No comments:

Post a Comment