Friday, November 27, 2020

MATI PUCUK DAN RAWATAN

Nak tanya sikit orang laki. Misal katalah, kau orang #mati_pucuk, atau tak boleh tahan lama, apa kau orang akan buat eh?

A. Makan ubat kuat

B. Urut batin

C. Minum kopi jantan

D. Pakai gambir Sarawak

E. Guna minyak lintah

Tak kisahlah apa jawapan yang kau pilih, seharusnya kau orang jumpalah doktor dahulu kerana masalah ni kadang-kadang disebabkan ada penyakit kronik. 

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.Pendarahan hidung. Kadang kala masalah pendarahan hidung juga boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan.

Pendarahahan gusi. Apabila menggosok gigi, permukaan gusi yang lembut dan sensitif mudah berdarah. Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.


Antara penyebab mati pucuk atau ejakulasi pra-matang adalah:

1. Darah Tinggi

2. Kencing Manis

3. Lemah Jantung 

4. Merokok

5. Hormon tak seimbang

6. Prostate bengkak

7. Kemurungan

8. Tiada stamina / tak cergas

9. Obesiti

10. Sesetengah ubat


PERKARA PERLU UNTUK RAWATAN AWAL

1. Bersenam

Senaman kardio boleh tingkatkan stamina dan prestasi jantung. Untuk zakar menegang, jantung kena pam darah ke zakar. Jadi kalau jantung cukup kuat dan ada stamina, maka ketegangan zakar tegar dan anda boleh beraksi lebih lama. 


2. Jaga Pemakanan

Makan makanan yang segar, berkhasiat dan pada kadar yang sesuai dengan keperluan harian kalian. Boleh guna formula pinggan sihat— suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayuran/buah buahan. Jangan lupa minum air secukupnya. 


3. Turunkan Berat Badan

Jika kalian gemuk, turunkan berat badan. Jika terlalu kurus, tambah berat badan. Buat secara sihat. Elakkan guna jalan pintas. Alon-alon angger kelakon, kata orang jawa. Biar lambat asal terbuat, kalau bahasa Malaysia. 


4. Panas Badan Sebelum Bersama

Hubungan kelamin ni adalah aktiviti fizikal, maka pasangan perlulah panaskan badan. Tak boleh terus terjah pada acara utama. Perlu bermula dengan aksi santai dan mesra, untuk persediaan fizikal, emosi, dan psikologi. 


5. Gunakan Kondom dan Pelincir

Selain boleh digunakan sebagai perancangan keluarga, kondom dan pelincir mengurangkan sensitiviti pada lelaki mempunyai zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan. Siap ada kondom yang ada pelali.


Kalau dah cuba ikhtiar-ikhtiar di atas, tapi masih mempunyai masalah, masa itu tandanya kena jumpa doktor. Jangan malu beritahu masalah, terus terang sahaja pada doktor agar mudah mereka nak bantu.

Antara rawatan lain yang doktor boleh beri untuk masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang ni adalah:

1. Rawatan penyakit kronik

2. Rawatan Psikiatri(jika kemurungan dsb)

3. Kaunselling (jika masalah rumahtangga) 

4. Ubatan seperti Viagra, Cialis, dsb

5. Terapi hormon

6. Penggunaan alatan bantuan (pam, dsb)

7. Penile implant



No comments:

Post a Comment