Saturday, November 28, 2020

KHASIAT GAMBIR

Pokok gambir (Uncaria gambir) digunakan untuk perubatan tradisional dan bahan untuk makan sireh. Negara India menjadi pengimport 68 % gambir keluaran negara Indonesia kerana rakyatnya masih suka makan sireh.

Kalau dimalaysia selalunya area di sarawak mungkin ramai yg mengenali pokok nie, lokal panggil pokok gambir sarawak. Pokok Gambir Sarawak merupakan pokok menjalar berdahan separa keras, dalam famili 'Rubiaceae' yang banyak dijumpai di kawasan hutan tropika.

Menurut sejarah tanaman gambir ini berasal dari Pulau Sumatra dan Kalimantan. kelebihan & Kegunaan, Ciri-ciri tanaman gambir adalah tanaman ini merambat, daun tunggal, bunga berbentuk bulat berkumpul berwarna merah muda dan hijau. 

Buah tanaman gambir  berupa bulat lonjong dengan dua ruang, dengan ukuran 14-18 mm,  bersayap dan bertangkai hingga 20 mm. Bijinya berbentuk bulat lijong berwarna coklat dengan jumlah yg banyak dalam sebiji buah. cara pembiakan tanaman gambir dengan keratan batang dan biji benih.

Antara kegunaan tanaman gambir ini bagi sebagian masyarakat digunakan sebagai bahan pewarna, dan bahan campuran menyirih. Namun yang jarang kita ketahui dimana tanaman gambir ini memiliki banyak manfaat dan khasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit dalam tubuh kita.


KHASIAT GAMBIR

Antara bahagian pokok yg digunakan adalah : daun & ranting, dan akar 

  1. Tanaman akar gambir mengandung flavonoid (terutama gambiriin), katekin (sampai 51%), zat penyamak (22-50%), serta sejumlah alkaloid (seperti gambirtannin) dan turunan dihidro- dan okso-nya.
  2. menbantu memperlancar proses pencernaan perut dan usus.
  3. Tanaman gambir berkhasiat merawat sakit kepala.
  4. bermanfaat untuk menyembuhkan luka melecur pada kulit.
  5. Berguna untuk ubat sakit diarrhea. 
  6. Digunakan sebagai ubat disentri.
  7. sebagai ubat ulser
  8. ubati penyakit kulit. dicampur bersama losyen untuk kulit.
  9. Berkhasiat menyembuhkan hepatitis dan luka pada hati.

CARA MENGGUNAKAN GAMBIR
  1. Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi, Cara penggunaan dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
  2. Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada lemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.
  3. Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jenking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.
  4. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.
  5. Ranting pokok yg matang dipotong dan dikeringkan aepenuhnya sebelum digunakan sebagai teh/ekstrak
  6. Ekstrak Gambir Sarawak digunakan sebagai penguat tenaga batin dan bagus untuk  memberi tenaga untuk orang lelaki. (macam tongkat ali lah).
  7. Air rebusan daun dan ranting pokok digunakan sebagai sirap/ekstrak.

No comments:

Post a Comment