Friday, November 27, 2020

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN

1. Memutihkan gigi

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 


2. Mengatasi masalah perut

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 


3. Serai sebagai 'Pain Killer'

 Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 


4` Detoksifikasi

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 


5.Melegakan senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 


6. Agen pencegah kanser 

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


7. Menurunkan tekanan darah

Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.


8. Mencantikkan kulit

Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.


9. Mengubati infeksi kulit

Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.



No comments:

Post a Comment