Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.
Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.
PETUA HILANGKAN BATU KARANG
PETUA PERTAMA
- Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.
- Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).
- Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.
- Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.
- Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
- Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.
.
PETUA KEDUA
Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:
- Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.
- Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.
- Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.
- Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.
- Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
- Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
- Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.
PETUA KETIGA
Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:
- Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
- Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
- Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
- Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
- Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.
FUNGSI BAHAN
LEMON
Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.
MINYAK ZAITUN
Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.
BARLI DAN GULA BATU
Rebus satu peket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
JUS LOBAK PUTIH
Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.
JINTAN HITAM, MADU
Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
EMPULUR JAGUNG
Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari.
POKOK BUNGA MATAHARI
Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.
NENAS DAN EMPULUR NENAS
Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur. Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.
TEMBIKAI DAN GULA BATU
Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.
MINYAK ZAITUN, LEMON DAN NENAS
Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:
- 2 cawan minyak zaitun
- 1 cawan jus lemon
- Sedikit jus nanas
CARANYA :
- Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.
- Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.
- Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.
- Pukul 7.00 petang - Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
- Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
- Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
- Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
- Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
- Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.
No comments:
Post a Comment