Saturday, November 28, 2020

KHASIAT CEKUR

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

KHASIAT CEKUR

  1. Sembuhkan kembung perut dan perut memulas.
  2. Kurangkan bengkak.
  3. Legakan batuk dan sakit tekak.
  4. Hilangkan lenguh dan sakit sendi.
  5. Hilangkan kelemumur dan kutu kepala.
  6. Sembuhkan selsema hanya dengan menghidu jer.
  7. Merawat jerawat.
  8. Sakit gigi.
  9. Sakit kepala.
  10. Ubati sembelit.
  11. Ubati resdung.
  12. Lancarkan darah haid.
  13. Lancarkan perjalanan darah dalam badan.
  14. Wangikan badan.

Cekur nie sangat bagus untuk pecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran, atau pun yang masih menyusukan anak. Orang lelaki pun boleh minum air nie. 


BAHAN BAHAN AIR KECUR

  • 2 genggam cekur / kencur
  • 1 genggam halia
  • 1 gengam beras yang dah dicuci dan dirend 3jam
  • 1 ketul gula melaka kecil
  • 1 sudu teh bunga cengkih 
  • 1 liter air


CARA PENYEDIAAN

  • Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
  • Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
  • Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
  • Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
  • Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
  • Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
  • Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
  • Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan. 
  • Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.


No comments:

Post a Comment