Friday, November 27, 2020

BUAH LIMAU NIPIS DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi. Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

KHASIAT LAIN BUAH LIMAU NIPIS

1. Ubat Kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


2. Ubat Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. Ubat Ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5. Ubat Lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6. Ubat Batuk

Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.


7. Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun bunga raya yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun unbga raya bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8. Ubat Wangi Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

.

No comments:

Post a Comment