Saturday, November 28, 2020

PETUA IKAN BILIS GORENG RANGGUP

Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup 

Ikan bilis yang digoreng garing, memang lazat kalau di ratah begitu saja. Apatah lagi kalau buat sambal tumis ikan bilis, kerabu ikan bilis, letak bawang besar, cili padi goreng dan perah asam limau. Perghhhh merecikk.

Ikan bilis goreng ni memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Tapi kalau goreng tak kena gaya, hmmmm..terus rasa tak sedap ikan bilis tu. Sebab dah tak rangup, lemau dah tak KRUP KRAP bunyinya.

BAHAN BAHAN

  • Ikan bilis
  • Cuka makan


PROSES PENYEDIAAN

  • Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas, tos kan.
  • Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
  • Perap selama 5-10 minit.
  • Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan KRUP KRAP bunyinya dan tahan lama.
  • Selamat menikmati keenakan ikan bilis goreng.

No comments:

Post a Comment