Tersedak adalah tersumbatnya
trakea seseorang oleh benda asing, muntah, darah, atau cairan lain. Tersedak
merupakan keadaan darurat medis.
Pertolongan pertama untuk
tersedak adalah menghubungi rumah sakit atau puskesmas setempat menggunakan
nomor telepon darurat, lalu membebaskan obstruksi saluran napas menggunakan
perasat Heimlich dan/atau pernapasan buatan. Intubasi adalah prosedur medis
lanjutan yang diindikasikan untuk tersedak, yang dapat dilakukan oleh paramedis
dalam bidang ini.
Kes berkaitan insiden bayi
tersedak susu adalah salah satu insiden yang kita kerap dengar di dalam
media-media utama dan juga media sosial. Hal ini perlu diambil perhatian oleh
ibubapa kerana insiden tersedak susu ini mungkin akan meragut nyawa anak anda
yang masih kecil. Jadi, amat penting untuk anda mengetahui kenapa berlakunya
situasi tersedak susu ini dan cara untuk mengetahui dan mengelak kejadian yang
tidak diinginkan.
TERSEDAK
SUSU?
Bila ada audit kematian, antara
sebab kematian bawah 5 tahun risiko yang utama adalah tersedak susu. Biasa
bermula dengan regurgitasi dan masuk ke saluran nafas hingga tersedak. Perkara
ini berulang dan terus berulang. Bukan ibubapa orang kampung atau yang tidak
berpendidikan.
Kita memiliki LES : pencerut
esofagus ( saluran makanan ) yang mengawal supaya makanan atau minuman, yang
masuk ke perut, tidak berpatah balik ke saluran atas kemudian termasuk ke
saluran nafas. Malangnya, pada bayi terutama pada bawah 1 tahun, LES itu tak
mencerut total (kuat). Ia merupakan risiko utama tersedak susu, walau sudah
disedawakan.
FAKTOR
PALING SERING PENYEBAB TERSEDAK LAIN ADALAH:
1. Pemberian susu berlebihan,
atau makanan.
2. Perut yang banyak angin (
pemakaian botol)
Secara umum, perut berukuran
kecil, lebih kurang segenggam ke dua genggam tuan punya badan. Jadi, bayangkan
berapa ramai yang overfeeding anak masing masing, apatah lagi di pusat asuhan.
Lihat tabel di bawah. Bayi atau anak anak yang menangis, bukan selamanya lapar
dan nak susu.
No comments:
Post a Comment