CIRIT BIRIT
Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun
cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan
membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada
setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan
dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair
atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan
kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu
membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat
najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.
TANDA-TANDA AWAL
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa
dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya
mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes
yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya,
muntah-muntah dan juga demam.
SIMPTOM
Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus
Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna
sepenuhnya
Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di
bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan
(pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan
kerap).
Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air
dapat didengari dengan jelas.
Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa
ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
PETUA ATASI CIRIT-BIRIT
1) Minum
secawan teh O pekat.
2) Kunyah
daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi
alami cirit-birit.
3) Ambil
daun gajus yang agak tua, rebus dengan sedikit air sehingga pekat dan berubah
warna. Minum tiga kali sehari.
4) Ambil
beberapa helai daun setawar, lumatkan dan tempelkan pada perut ketika alami
cirit birit.
5) Rendam
beberapa helai daun jambu batu ke dalam segelas air panas. Biarkan sejuk dan
minum. Amalkan ketika alami cirit birit.
6) Ambil
segenggam beras, cuci bersih dan toskan. Goreng beras tersebut tanpa minyak
hingga hangus dan kemudain masukkan ke dalam cawan. Tuang air panas ke dalam
cawan tersebut dan biarkan selama 10 minit. Minum air beras ini 2x sehari
sehingga sembuh.
7) Makan
ciku muda yang telah dikupas kulit dengan cicah garam. Amalkan ketika alami
cirit birit.
No comments:
Post a Comment