PENGETINAN MAKANAN
Pengetinan merupakan kaedah
mengawet makanan yang mana kandungan makanan diproses lalu disimpan ketat di
dalam bekas kedap udara. Pengetinan menawarkan hayat simpanan yang biasanya
dari satu ke lima tahun, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu boleh jauh lebih
lama. Produk bertin kering sejuk beku boleh kekal elok dimakan selama 30 tahun.
Pada 1974, Persatuan Pemproses Makanan Kebangsaan Amerika Syarikat menguji
sampel-sampel makanan bertin dari bangkai bot api Bertrand yang karam di Sungai
Missouri pada 1865. Sungguhpun rupa, bau dan kandungan vitaminnya sudah banyak
merosot, tetapi langsung tiadanya kesan pertumbuhan mikrob, maka makanan yang
berusia 109 tahun itu ditentukan masih selamat untuk dimakan
AWAS MAKANAN DALAM TIN
Mudah dan cepat menjadi perkara
utama dalam menyediakan makan malam yang sihat bagi wanita bekerjaya. Penat
bekerja menjadikan aktiviti memasak terasa hambar kerana memikirkan banyak
perkara remeh seperti memotong, menghiris dan membasuh pinggan mangkuk yang
harus dilakukan.
Sebelum anda mengambil keputusan
untuk memesan makanan segera, pertimbangkan makanan bertin sebagai alternatif
lain yang lebih sihat, pantas dan menyelerakan.
Namun, anda perlu membaca label
maklumat kandungan pada makanan bertin ketika membelinya dan membandingkan
harga dengan makanan segar.
PERKARA PENTING
MEMILIH MAKANAN DALAM TIN
- Pastikan memilih produk yang
rendah kandungan garam, gula dan lemak.
- Pilih makanan bertin yang bebas bahan pengawet dan monosodium glutamate.
- Campur makanan bertin bersama sayur-sayuran segar untuk mendapat khasiat lebih tinggi.
- Makanan yang ditinkan di dalam air adalah pilihan baik untuk mereka yang mementingkan masalah berat badan. Sirap cair lebih baik berbanding sirap pekat kerana kandungan gulanya yang rendah.
- Sekiranya ragu-ragu, bilas makanan dengan air bersih kerana ia dapat mengeluarkan kandungan garam atau gula yang berlebihan.
- Periksa tarikh luput dan elakkan daripada membeli tin yang bocor, membonjol, kemek atau tidak sempurna.
- Elakkan menyimpan tin yang sudah dibuka di dalam peti sejuk. Sebaliknya, pindahkan bahan-bahan yang belum digunakan itu ke dalam bekas lain.
- Letakkan segera ke dalam peti sejuk dan buah-buahan yang sudah dikeluarkan daripada tin itu boleh tahan sehingga empat hari.
- Kacang bertin juga dijual murah dan menyihatkan yang boleh ditambah ke dalam sup, bahan rebusan dan pencecah. Ia boleh tahan sehingga tiga hingga lima tahun.
- Tomato adalah pilihan tepat bagi sayur-sayuran bertin kerana ia mengekalkan kandungan nutrien. Kandungan antioksidan seperti likopena dan vitamin C di dalam tomato juga tinggi.
- Untuk menyediakannya, toskan buah-buahan daripada sirap di dalam tin dan campurkan bersama keju lembut rendah lemak atau dadih untuk snek sihat yang kaya dengan protein.
- Produk makanan bertin yang belum dibuka harus disimpan di tempat dingin dan kering supaya ia boleh tahan sehingga dua tahun berpandu kepada tarikh luput.
No comments:
Post a Comment