Thursday, February 22, 2018

PETUA MERAWAT GUSI BERDARAH



GUSI
Gigi dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan tertanggal.
Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.

PETUA MERAWAT GUSI BERDARAH

TEH GARAM
Bancuh setengah sudu teh garam dengan segelas air suam. Gunakan untuk berkumur setiap hari selepas bangun dari tidur. Kesan ketara kelihatan dalam masa 3 hari.

DAUN KACANG DAN DAUN INAI


Rebus beberapa helai daun kacang dan daun inai sehingga mendidih. Masukkan sedikit asam gelugur dan garam. Kacau hingga garam larut dan tutup api. Suamkan dan gunakan untuk berkumur. Lakukan hingga sembuh.

No comments:

Post a Comment