Monday, February 19, 2018

MAKANAN YANG BOLEH MELEMAHKAN OTAK ANAK KECIL




MAKANAN SEIMBANG
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

MAKANAN SEGERA

Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Makanan jenis ini mula-mula menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Mahupun apa jua jenis makanan yang dapat disiap dan dihidangkan boleh dianngap makanan segera, lazimnya ungkapan ini dikhususkan untuk makan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang.

Tapi taukah anda pengambilan makanan segera oleh anak anak kita akan menyebabkan otak anak lembab dan akan mempengaruhi perkembangan otak anak anak dalam jangka panjang. Berikut adalah makanan segera yang tidak sepatutnya diambil dalam kuantiti banyak oleh anak anak kita :-

Makanan ringan/makanan segera


Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.

Minuman berkarbonat


Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.

Makanan yang mengandungi kafein


Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.

Aditif dan pengawet

Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.

Oleh sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat mengenai pemakanan anak-anak kerana ia antara faktor yang boleh membawa perkembangan sihat anak pada masa depan.

No comments:

Post a Comment