Friday, February 23, 2018

PETUA MENGURANGKAN KESAN KULIT TERKENA AIR / MINYAK PANAS




TERBAKAR & MELECUR

TERBAKAR ialah suatu kecederaan pada tisu kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan terkena oleh api yang menyala, bahan api (flame), haba atau objek-objek panas, haba sejuk, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.
MELECUR ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.


PETUA MENGURANGKAN KESAN KULIT TERKENA AIR / MINYAK PANAS


LIDAH BUAYA

Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

KAPUR SIRIH

Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

KOPI

Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

GETAH PELEPAH PISANG

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

TELUR

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

SABUN

Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.


UBAT GIGI
Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.


No comments:

Post a Comment