Sunday, February 18, 2018

TIP MENJAGA SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN



1. Tip jaga pantang selepas bersalin pembedahan. Bersalin pembedahan sangat2 menyakitkan selepas bersalin. Selepas bersalin pembedahan perut akan merasa Bengkak dan kurang selesa di sebabkan perut beragin.

2. Cara Mama g menjaga ibu yang bersalin pembedahan, selepas balik dari Hospital. Pagi2 Mama g akan tungku kan bahagian atas perut nya saja supaya membuankan angin dalam perut nya Dan juga until mengecutkan peranakkan nya juga. Jangan usik bahagian jahitan. Sampai perut akan lembik dan juga untuk mengeluarkan angin dalam perut pada waktu pembedahan. Ibu yang buat pembedahan terlalu banyak angin masuk ke dalam perut nya, Itu yang menjadi anda terasa sangat sakit di sebabkan angin menganggu bahagian perut dan jahitan.

3. Bertungku lah dengan pelan2 supaya perut anda akan terasa selesa dan lembut. Bertungku lah dengan batu tanah liat sangat mujarab dan cepat sembuh bahagian dalam perut dan juga badan cepat pulih. Badan rasa ringan dan selesa. Bertumgku lah selama 44 hari supaya saraf ibu menjadi panas dan peranakan cepat kecut dan kecik.


4. Selepas bertungku mula lah mengurut, Seelok nya sebelum mengurut ibu mesti meniarap pelan2. Supaya ibu akan sungguh selesa dan cepat kempiskan perut. Meniarap akan cepat perut nya kempis dan juga sungguh selesa, ibu yang selepas bersalin pembedahan kalau nak cepat turun perut, Tip mama g. Kalau jaga sendiri cuba meniarap kalau mahu tido. Cuba in shaa allah. Cepat kempis perut nya.

5. Selepas mengurut meniarap, Anda mula pula urut menelentang, Mama g akan urut bahagian perut anda, Perlahan2 untuk mengeluarkan angin. Tapi ada Cara nya untuk mengeluarkan angin dalam perut anda. Sehingga lah ke kepala penutup nya.

6. Selepas urut Mama g akan paramkan seluruh badan, pilis dahi dan juga param perut tapi jangan sekali terkena bahagian perut yang berjahit, Selepas param perut mengunakan tropical herb sangat bagus, sebab Tropical Herb param perut nya panas sampai ke malam dan juga param badan nya sungguh bagus, ibu akan terasa hangat je. Sapukan spirit bayi ke bahagian jahitan supaya tak kena jangkitan kuman.selepas sapukan spirit, Anda mesti lah dryerkan bahagian jahitan supaya kering.


7. Selepas di keringkan dengan dryer jahitan anda, Berbengkung lah. Ikat bengkung bahagian bawah ketat, Apabila sampai ke tempat jahitan longgarkan Supaya nanti Apabila nak duduk anda bolih alih2kan tali ikatan nya. Apabila Sudah berbengkung anda akan rasa sungguh selesa di sebabkan perut yang besar tadi rasa padat dan tak bergoyang atau mengelebih .


8. Bersalin pembedahan memang Susah untuk di jaga. In Shaa Allah kalau ikut Tip Mama g ini anda akan rasa selesa dan cepat sembuh nya. Mama g gunakan tungku tanah liat itu yang membuatkan cepat sembuh. Dalam masa 1 minggu, anda tak perlu lagi makan pain killer In Shaa Allah.


9. Minum lah Healing Gamat dari House of Healing untuk dalaman. Anda makan lah ikan haruan fresh dan bakar atau steam kan. Untuk makanan dalam. In Shaa Allah cepat sembuh nanti. Ikan haruan cepat menyembuhkan jahitan dalaman. Pantang ikut seperti pantang bersalin normal. Tip yang Mama g bagi tentang jagaan selepas bersalin. Duduk jangan lah terkangkang. Ikut duduk ibu berasalin normal. Jangan jalan kuat2 sebab dalaman sama proses penjagaan seperti berasalin normal

10. Berpantang lah baik2 ikut Cara pantang yang sempurna supaya jahitan tak menanah dan terbuka balik jahitan. Selama Mama g menjaga ibu bersalin pembedahan In Shaa Allah tak pernah lagi ada yang ada masalah. Ibu yang bersalin pembedahan kena pantang lagi kuat dari bersalin normal. Sebab jahitan luar dan dalam kena jaga. Kena makan yang tidak ada telor dan ikan yang gatal2. Kalau nak makan biskut tengok dalam nya tak ada telor. Telor sangat bahaya kalau bersalin pembedahan.

11. Kalau nak Mandi boleh, Tapi selepas mandi, dryer lah bahagian jahitan supaya kering. Kalau anda gunakan tuala belum tentu kering, sebab jahitan dalaman nya yang takut masih lembab. Biar lah buat kerja sikit dryerkan bahagian jahitan supaya kering.


No comments:

Post a Comment