Thursday, February 22, 2018

PETUA MERAWAT GASTRIK



GASTRIK
Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.


JENIS GASTRIK

Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan - Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat - Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer) - Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.


TANDA GASTRIK
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)


PETUA MERAWAT GASTRIK

BUAH TAMAR

Campurkan buah tamar (kurma) dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Minum 2 kali sehari.

GETAH BETIK MUDA

Titiskan beberapa titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Biarkan menjadi suam dan minum selepas sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment