Monday, February 19, 2018

PETUA MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT



Petua Mengurangkan Sakit Senggugut

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[ the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.Kami kongsikan perkara yang anda boleh buat kala mengalami senggugut. Mungkin dengan cara yang dicadangkan ini akan menyurutkan sedikit rasa sakit.

Simptom
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:

Perut kembong
Kejang perut
Payu dara bengkak atau sensitif
ketegangan atau bimbang (anxiety)
Masaalah tidur (insomnia)
Sakit sendi atau otot
Pening kepala
Lesu
Jerawat
Hayunan perasaan (Mood swings)
Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)


PETUA MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT

Tidur

Tidur seakan satu jalan pintas untuk membuatkan anda lupa akan kesakitan senggugut. Anda akan lebih segar dan bertenaga kembali setelah bangun dari tidur. Sekali gus ini membuatkan senggugut itu reda dengan segera.

Mendengar Lagu

Jika anda mengalami masalah susah tidur, cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Ia mampu membuatkan diri dan minda tenang seketika dari emosi dan perasaan marah dek kerana kesakitan yang dialami.

Makan 
Hakikatnya, kala senggugut dan menstruasi berlaku wanita akan lebih cenderung untuk makan. Ia disebabkan tubuh kita menggunakan lebih kalori kala senggugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori ini membuatkan tubuh membakar lebih banyak kalori dan sekaligus ini membuatkan anda lebih cepat lapar. Jadi, cara terbaik adalah makan apa sahaja yang anda inginkan kerana ia sedikit sebanyak membuatkan rasa sakit senggugut berkurangan.

Mandi Air Panas

Sebaiknya, mandi air panas atau suam. Haba panas membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar dan ia membantu dalam menenangkan otot yang kejang akibat senggugut yang melanda.

Minum Teh Halia atau Kayu Manis

Mengambil minuman panas sedikit sebanyak boleh mengurangkan kekejangan, tetapi rahsianya adalah dengan mengambil minuman yang berasaskan herba. Semestinya ramai yang tahu bahawa halia mempunyai kehebatan dalam menghilangkan rasa sakit dan kayu manis pula berfungsi sebagai anti-radang yang membantu dalam mengurangkan kekejangan bahagian uterine.

No comments:

Post a Comment