1.
TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Apabila seseorang tidak mengambil
sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang
aktif.
2. TERLEBIH MAKAN
Ia akan membebankan pembuluh
darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. MEROKOK
Asap rokok akan mengakibatkan
sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
‘Alzheimer’
4. PENGGUNAAN GULA
YANG BERLEBIHAN
Pengambilan gula secara
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. PENCEMARAN UDARA
Otak adalah pengguna oksigen
terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. TERLEBIH TIDUR
Tidur adalah bagus untuk
merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.
7. MENUTUP MUKA
KETIKA TIDUR
Tidur sambil menutup muka akan
mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. BEKERJA KETIKA KURANG
SIHAT
Membiarkan otak bekerja semasa
kita berada di dalam keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat
boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel
otak.
9. KURANG
BERIMIGINASI
Berfikir adalah satu cara terbaik
untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir akan menyebabkan
otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan otak kita.
No comments:
Post a Comment