JERAGAT
Jeragat
(secara perubatan dikenali sebagai open comedo, adalah bonggol kuning atau
kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris.
Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih,
jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran
kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada
keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang
menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat
sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan
"kehitaman" jeragat.Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak
semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki
warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya.
Disebaliknya,
"kepala putih" (lebih dikenali sebagai jerawat atau comedo tertutup)
adalah akar rambut yang dipenuhi dengan bahan yang sama, sebum, tetapi tidak
mempunyai bukaan mikroskopik ke permukaan kulit. Oleh kerana udara tidak sampai
ke akar rambut, sebum tersebut tidak teroksida, dan kekal putih.
PETUA HILANGKAN JERAGAT / BINTIK HITAM
Jeragat
iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan
nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil
perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi
bahan kimia.
CAMPURAN BERAS, KUNYIT HIDUP, LIMAU NIPIS DAN TELUR
Ambil
segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan
tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan
sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan
muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk
kekalkan kelembapan kulit.
CAMPURAN SUSU TEPUNG DAN KIMAU NIPIS
Ambil sesudu
susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan
ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam
untuk kekalkan kelembapan kulit.
No comments:
Post a Comment