INILAH PUNCA
HIDUNG TERSUMBAT DAN CARA RAWATAN TRADISIONAL
Hidung tersumbat atau sesak hidung adalah suatu keadaan yang
menyebabkan pesakit berasa ada sesuatu perkara yang menyebabkan rongga
hidungnya seperti "tersekat". Hidung tersumbat biasanya akan
membuatkan pesakit berasa tidak selesa, otot hidung berasa seperti berdenyut,
hidung akan berasa kegatalan dan sakit. Atau jika penyakit ini berlarutan, ia
mungkin akan menyebabkan komplikasi dalaman dalam rongga hidung akibatnya
pesakit akan selalu bersin, hidung berhingus dan berlendir dengan banyak,
hidung berasa sukar bernafas, atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan masalah
hidung berdarah
FAKTOR
Diantara faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan hidung
tersumbat adalah:
· Faktor
persekitaran, pesakit mungkin sebelum ini pernah berada dalam persekitaran yang
berhabuk, berjelaga, jerebu atau kotor.
· Faktor
cuaca, pesakit sebelum ini telah terdedah dengan cuaca yang panas, sejuk atau
lembab yang ekstrem yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan otot rongga
hidung yang kurang efisyen.
· Faktor-faktor
lain: seprti demam, jangkitan kuman atau fungus pada rongga hidung. Serta
mungkin disebabkan oleh kegagalan dalam bernafas dengan baik, seperti bernafas
dengan tidak menghirup udara secara dalam, berlanjutan dan perlahan-lahan serta
menghembus nafas dengan cepat dan tergesa-gesa.
CARA
MENGATASI HIDUNG TERSUMBAT
Berikut ini adalah cara mengatasi hidung tersumbat secara
semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah ( home remedies ).
Jangan
Membuang Hingus Kuat-kuat
Jika penyebab hidung tersumbat adalah kerana flu atau disertai
dengan hidungnya maka keluarkanlah dengan lembut, sebelah-sebelah secara
bergilir-gilir. Membuang hingus terlalu kuat justeru akan membuat lapisan dalam
hidung tambah bengkak ini bukannya meringankan malah memburukkan tersumbat
hidung.
Menghirup
Wap Air Panas
Kelembapan dan panas dari wap akan meringankan bengkak sehingga
dapat mengatasi hidung tersumbat dan akan membantu anda bernafas lebih lega.
Anda bebas menggunakannya mengikut keperluan.
Tekap Kain
Tuala Suam Di Atas Hidung
Basahkan kain tuala kecil dengan air panas (hangat) kemudian
letakkan pada batang hidung secara menyeluruh dan melebar ke pipi depan,
sebaiknya kedudukan berbaring santai, agar cara ini optimum. Jika kain tuala
sudah sejuk basahi lagi dengan air hangat dan ulangi prosedur seperti di atas
sehingga anda merasakan manfaat yang diharapkan.
Menghirup
inhaler, salap, atau minyak angin
Minyak angin, balsem, atau inhaler rata-rata mengandungi menthol,
eucalyptus, dan camphor yang dipercayai dapat membantu mengurangkan hidung
tersumbat.Penggunaannya cukup mudah boleh terus menghirup dari ceruk, atau sapu
nipis tepat dibawah lubang hidung, atau disapu kawasan sekitar leher.
Tidur
Setengah Duduk
Jika anda mengalami hidung tersumbat yang makin parah ketika
berbaring, cubalah untuk meninggikan kedudukan kepala dengan cara meletakkan
bantal tambahan di bawah kepala dan leher sedemikian rupa sehingga kelihatan
kedudukan setengah duduk. Hal ini akan mengurangkan penambahan aliran darah
pada hidung sehingga dapat menghilangkan hidung tersumbat (hukum graviti).
Makan
Makanan Pedas
Jika Hidung tersumbat akibat adanya hingus yang pekat dan susah
dikeluarkan, maka cubalah pengambilan makanan atau minuman yang terasa agak
pedas seperti air halia atau sup ayam panas dan sedikit pedas. Rasa pedas akan
merangsang perlendiran sehingga membuat hingus lebih cair dan mudah
dikeluarkan, nafaspun menjadi lega.
Mengatasi Hidung Tersumbat Pada Bayipunca hidung tersumbat,
rawatan hidung tersumbat, hidung tersumbat, hidung tersumbat pada bayi, atasi
hidung tersumbat, petua hilangkan hidung tersumbat, tip hilangkan hidung
tersumbat
Kenali
Hidung tersumbat pada bayi
kerana bayi tidak boleh bernafas melalui mulut secara optimum,
hidung tersumbat boleh menjadi keadaan serius, terutama selama menyusui. Punca
adalah lendir atau hingus, sehingga anda harus membersihkan lendir melalui cara
yang efektif dan selamat.
Menggunakan
penyedut lendir (nasal aspirator)
Berbentuk botol getah kecil dengan hujung mengecil sebagai
pembersih yang akan dimasukkan ke lubang hidung. Boleh didapatkan di farmasi,
ingat hanya gunakan yang khusus untuk bayi.
Sebelum menggunakannya bersihkan dulu dengan tissue alkohol,
tunggu beberapa saat sehingga benar-benar kering, selepas itu masukkan secara
perlahan-lahan ke lubang hidung bayi yang terdapat hingus, kemudian picit
perlahan badan aspirator lalu lepas, keluarkan aspirator secara perlahan.
Menggunakan
Tisu
Jika tidak ada aspirator, anda boleh menggunakan tisu untuk
membersihkan hidung bayi. Caranya gulung sehingga hujung tisu menjadi agak
meruncing, sesuaikan saiznya dengan saiz lubang hidung bayi, secara perlahan-lahan
masukkan tisu ke lubang hidung dan keluarkan hingusnya.
Titisan
Saline ( Air Garam )
Larutan Saline boleh didapatkan di farmasi, jika tidak ada anda
boleh membuatnya sendiri dengan cara campurkan 1/4 sudu teh garam dengan 1/2
cawan air suam. Masukkan ke dalam botol semburan (titisan) hidung.
Letakkan bayi pada permukaan yang rata, titis lubang hidung bayi
sebanyak 2 titisan kecil. Boleh digunakan paling tidak tiga kali sehari.
Hal ini dapat mengatasi hidung tersumbat pada bayi, kerana larutan
garam (NaCl) dapat melicinkan perjalanan yang tersekat, dan memulihkan
kelembapan semulajadi lapisan hidung bahagian dalam.
No comments:
Post a Comment