Thursday, February 22, 2018

PETUA TURUNKAN PANAS BADAN



DEMAM
Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan. Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

PETUA TURUNKAN PANAS BADAN

Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?

Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.

BUAH LEMON

Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

TIMUN

Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

KELAPA MUDA

Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

BUAH BELIMBING

Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

ALOE VERA

Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

PELEPAH DAUN PISANG

Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

ASAM JAWA

Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

AIR KOSONG

Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

No comments:

Post a Comment