Pelbagai cara untuk melembutkan
daging
1. Rebus daging bersama satu cawan
air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
2. Tumbuk halia dan campurkan
sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam.
Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
3. Masukkan beberapa ketul ais ke
dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan
cepat empuk.
4. Rebus daging bersama akar daun
pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
5. Rebus daging bersama daun nangka
atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.
No comments:
Post a Comment