Tuesday, February 20, 2018

KEGUNAAN UBAT GIGI YANG KITA TAK TAHU


UBAT GIGI
Ubat gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi sebagai aksesori untuk membersihkan dan mengekalkan estetika dan kesihatan gigi. Ubat gigi digunakan untuk menjaga kebersihan gigi: ia berfungsi membantu mengeluarkan plak gigi dan sisa makanan dari gigi, mengurangkan halitosis serta membawa bahan-bahan aktif (paling biasanya fluorida) ke dalam gigi untuk membantu mencegah kerosakannya serta penyakit gusi (gingivitis).Garam dan natrium bikarbonat (soda penaik) adalah antara bahan-bahan yang boleh menggantikan ubat gigi komersil.

Ubat gigi ini tidak sepatutnya ditelan disebabkan kandungan fluoridanya, namun ia tidaklah berbahaya sangat jika tertelan secara tidak sengaja dalam jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, bantuan perubatan perlu diambil dengan segera jika seseorang menelan fluorida dalam jumlah yang luar biasa.

KEGUNAAN UBAT GIGI YANG KITA TAK TAHU
Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel.

1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment