UBAN
Rambut
merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna
hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka
yang tinggal di Barat.
Rambut
boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi
yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila
usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun
dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut
menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa
yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut
akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.
PETUA
HITAMKAN RAMBUT
Petua Hitamkan
Rambut Beruban Dengan Daun Kari:
1) Campurkan 1 sudu
minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api
sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan
biarkan sejuk pada suhu bilik.
4)
Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
No comments:
Post a Comment