ASMA ATAU LELAH
Penyakit
Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran
bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma
pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru
menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing),
sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot
mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini
terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Berikut
adalah petua mengubati Asma @Lelah
CAMPURAN HALIA, CEKUR, TEMULAWAK DAN ASAM JAWA
Masukkan
sedikit halia, cekur, temulawak dan asam jawa ke dalam periuk. Masukkan air
sehingga 2 kali aras ketinggian bahan-bahan tadi. Renehkan atas api sederhana
sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sehingga sejuk pada suhu bilik. Minum
air rebusan tersebut. Hasilnya anda akan merasa penafasan yag ringan dan
lancar.
PUCUK RIBU RIBU, BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN GARAM
Ribu Ribu |
Ambil 3
genggam pucuk ribu-ribu, seulas bawang putih, 17 biji lada hitam dan sedikit
garam. Bungkus bahan-bahan tersebut dengan daun pisang dan layurkan atas api
sehingga masak. Makan sehingga habis. Lakukan 3 hari berturut-turut.
No comments:
Post a Comment