KEMARAHAN
Kemarahan
ialah suatu gerak balas emosi yang berkaitan dengan pentafsiaran psikologi diri
tentang keadaan apabila diancam. Kerap keadaan ini ditunjukkan apabila sempadan
asasi diri dilanggar. Sesetengah mempunyai kecenderungan terpelajar untuk
bertindak balas terhadap kemarahan melalui pembalasan. Kemarahan boleh
dipergunakan untuk menetapkan sempadan atau melepasi keadaan berbahaya. Sheila
Videbeck memerihalkan kemarahan sebagai suatu emosi normal yang melibatkan
suatu gerak balas tidak selesa kuat dan beremosi terhadap provokasi yang diamati.
Raymond Novaco dari UC Irvine, yang sejak 1975 telah suatu pletora sastera
tentang subjek berkenaan, menstratakan kemarahan kepada tiga modaliti: kognitif
(penilaian), somatik-afektif (ketegangan dan agitasi), dan ketingkahlakuan (perunduran
dan penentangan).William DeFoore, seorang pengarang pengurusan kemarahan,
memerihalkan kemarahan sebagai periuk tekanan: kita hanya boleh menggunakan
tekanan melawan kemarahan kita selama suatu tempoh masa tertentu sehingga ia
meletup
KALAU LELAKI MARAH APA
PEREMPUAN HARUS BUAT
1.Diam
Apabila dia
sedang marah diam. Jangan banyak tanya, jangan banyak soal atau jawab. Keadaan
yang tegang akan buat keadaan panas dan tak berkesudahan.
2.Cari masa sesuai
Cari masa
yang sesuai menerangkan keadaan sebenar jika dia tersalah anggap atau tersalah
faham. Bercerita dan menjelaskan bila dia sudah reda marahnya lebih baik dari
terburu-buru menegakkan kebenaran yang akan berakhir dengan pergaduhan nanti.
3. Yakinkan
Yakin kan
dia atas apa yang berlaku berserta bukti yang ada. Kena cakap dengan tegas dan
meyakinkan si dia agar dapat memberi peluang untuk dia memahami apa yang
terjadi dan akhirnya dia tahu yang kamu tidak bersalah sebenarnya.
4. Jangan mengungkit
Jangan
mengungkit apabila dia sedang marah. Tindakan kamu akan lebih membuat dia marah
dan akan lebih memburukkan keadaan
5. Usap
Usap dadanya
dan minta dia bersabar. Dengan cara itu mungkin dapat meredakan marahnya.
6. Beri minuman
Berilah dia
minuman agar sejuk sedikit kemarahannya. Mana tau dengan minum dia lebih tenang
dan dapat berfikir dengan positif berbanding sebelumnya.
7.Pergi Jauh Darinya Sebentar
Jauhkan diri
darinya sebentar. Bukan jauh sangat pun, jika dia di bilik kamu pergilah di
luar. Mungkin dengan kamu tercegat di depannya buat dia makin marah. Cuba
beredar dari situasi tegang itu bagi redakan keadaan.
8.Menangis
jika tak
mampu buat apa-apa menangislah. Senjata wanita adalah air matanya. Mungkin kamu
rasa sakit hati bila tak bersalah tapi tak mampu membela diri. Menangis lebih
baik dari kamu terjerit-jerit meninggi suara kepada dia.
No comments:
Post a Comment