Tuesday, February 20, 2018

RAHSIA TANDATANGAN ANDA



MAKSUD TANDATANGAN
Sebuah tandatangan adalah tulisan tangan (yang sering diolah) gambaran nama orang atau nama panggilan dalam bentuk tulisan, bahkan semudah tanda "X" sekalipun, yang digunakan sebagai tanda yang ditulis orang pada dokumen sebagai bukti pengenalan dan niat. Seorang penulis tandatangan dikenali sebagai penandatangan. Tandatangan boleh dikelirukan dengan autograf yang secara pokoknya merupakan sebuah tandatangan yang digayakan secara artistik. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan ketika orang-orang yang mempunyai kedua-dua benda ini, oleh itu akan adanya juga segelintir orang yang menyimpan tandatangan peribadi mereka sementara menerbitkan autograf mereka secara terbuka.

Fungsi tandatangan secara asasnya adalah untuk memberikan bukti:

1.     Asal-usul (identiti) sesebuah dokumen
2.     Niat (keinginan) individu terhadap dokumen tersebut


Proses penandatanganan di kebanyakan negara barangkalinya akan disaksikan dan dirakam di hadapan seorang penyaksi awam untuk menekankan penguatkuasaan proses tersebut. Pada dokumen undang-undang, penandatangan yang buta huruf boleh membuat "tanda" (seringkalinya berbentuk pangkah "X" tapi kadangkala juga simbol peribadi), selagi dokumen itu turut ditandatangani oleh seorang saksi yang celik huruf. Di beberapa negara, orang buta huruf meletakkan cap jari mereka pada dokumen undang-undang sebagai ganti tandatangan bertulis mereka.

RAHSIA TANDA TANGAN ANDA
Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang.
Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan


Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan

Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.

No comments:

Post a Comment