Friday, February 23, 2018

PETUA MENGETAHUI KUALITI TELUR


TELUR
elur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.



Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan

Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

PETUA MENGETAHUI KUALITI TELUR

Rendamkan telur ke dalam air.

1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.

2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.

3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.

4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.

No comments:

Post a Comment