KETUAT
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang
dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan
mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh
merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan
bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan,
jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti
mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak
menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
PETUA HILANGKAN KETUAT
Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia.
Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan
bahgaian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti
bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak
dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.
Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah mana-mana petua
berikut:
GETAH PELEPAH BATIK
Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok
betik ke atas ketuat. Biarkan kering.
Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
DAUN KESUM
Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan
sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan
beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
UBAT NYAMUK
Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat
dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh
sendiri.
KAPUR SIRIH
Sapukan kapur sirih ke atas
ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan
luruh sendiri.
MINYAK PANAS
Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke
atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering
dan luruh sendiri.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment