Thursday, February 22, 2018

PETUA MENGURANGKAN SELESEMA BAYI



SELESEMA
Selesema (juga dikenali sebagai radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut,[1] atau juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan hidung.

Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin, dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.

PETUA MENGURANGKAN SELESEMA BAYI

MINYAK KELAPA

Sapukan sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.

BATANG DAUN SIRIH

Ambil batang daun sirih.Tekan hingga keluar lendirnya. Ambil lendir ini dan sapukan pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.

AIR KUNYIT TUA

Bersihkan hidung bayi dengantuala bersih. Sapukan air kunyit tua (tumbuk atau kisar sedikit kunyit tua dan perah airnya)ke bahagian hidung hingga mulut.Bayi akan bernafas dengan selesa selepas itu.

No comments:

Post a Comment