Wednesday, November 15, 2017

PETUA ORANG LAMA MELANGSINGKAN TUBUH, MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT, MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT, KOLEKSI PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU KETIAK, MENGHILANGKAN KELEMUMUR

PETUA

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.


PETUA ORANG LAMA UNTUK ORANG MUDA


MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.selain itu,gunakan ubat gigi,sapukan ubat gigi d permukaan yang berparut...amalkan sblum tidur...insyaAllah jika di amal kn akan berkesan.

MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur

KOLEKSI PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Pilihan 1: Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Pilihan 2: Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

No comments:

Post a Comment