Wednesday, November 15, 2017

TANDA TANDA PENYAKIT JANTUNG

JANTUNG

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

TANDA TANDA PENYAKIT JANTUNG
 
SEKADAR HIASAN
APAKAH SERANGAN JANTUNG?

Serangan jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh arteri koronari.

Menurut US National Heart Lung and Blood Institute serangan jantung sering terjadi akibat dari satu keadaan yang disebut Penyakit Arteri Koronari. (CAD). Penyakit ini terjadi akibat pengumpulan lemak bertahun-tahun sejak kita mula berumar 10 tahun yang dipanggil plak yang terkumpul di bahagian dalam arteri koronari (arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung), pengumpulan plak yang berterusan ini akan membentuk darah beku, sekiranya bekuan itu makin membesar, maka ianya akan menghalang penghantaran darah beroksigen ke bahagian otot jantung seterusnya otot jantung gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen (oksigen amat diperlukan oleh sel untuk menjalankan respirasi sel). Sesiapa sahaja terdedah mendapat serangan jantung, sekiranya tiada unsur pencegahan dilakukan besar kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.


TANDA TANDA SAKIT JANTUNG

Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

LIDAH / GUSI BENGKAK
Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.


TERASA KEBAS TANGAN KIRI DAN JUGA LENGAN Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

LIDAH TERASA TEGANG DAN PENDEK
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

RAHANG TIDAK SELESA
Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.

LEHER RASA TERBAKAR
Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.

SAKIT DI BAHU
Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.

RASA BERAT DI BAHAGIAN DADA
Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.


SAKIT BELAKANG
Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.

TIDAK SELESA PADA LENGAN
Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.

RASA LETIH

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.

Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.

RASA LOYA
Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.





LAIN LAIN TANDA

1. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

2. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.

3. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

4. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

5. Rasa keletihan sepanjang masa.

6. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

7. Degupan jantung tidak menentu.

8. Nafas terasa pendek.

9. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

10. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

11. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


12. Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.

No comments:

Post a Comment