Wednesday, November 15, 2017

TANDA TANDA PENYAKIT JANTUNG

JANTUNG

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

TANDA TANDA PENYAKIT JANTUNG


APAKAH SERANGAN JANTUNG?

Serangan jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh arteri koronari.

Menurut US National Heart Lung and Blood Institute serangan jantung sering terjadi akibat dari satu keadaan yang disebut Penyakit Arteri Koronari. (CAD). Penyakit ini terjadi akibat pengumpulan lemak bertahun-tahun sejak kita mula berumar 10 tahun yang dipanggil plak yang terkumpul di bahagian dalam arteri koronari (arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung), pengumpulan plak yang berterusan ini akan membentuk darah beku, sekiranya bekuan itu makin membesar, maka ianya akan menghalang penghantaran darah beroksigen ke bahagian otot jantung seterusnya otot jantung gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen (oksigen amat diperlukan oleh sel untuk menjalankan respirasi sel). Sesiapa sahaja terdedah mendapat serangan jantung, sekiranya tiada unsur pencegahan dilakukan besar kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.

Menurut pakar antara tanda-tanda serangan jantung adalah seperti berikut

TANDA TANDA SAKIT JANTUNG
1.   Dada merasa tidak selesa sekali sekala.
2.   Rasa kelesuan dan keletihan
3. Ketidakselasaan pada satu atau kedua-dua lengan, punggung, leher, rahang atau perut.
4.   Sesak nafas
5. Rasa mual (perasaan sakit perut) muntah, pening kepala dan hilang kordinasi.
6.   Kerap berpeluh tanpa sebab.



No comments:

Post a Comment