Tuesday, November 14, 2017

PETUA MEMGANDUNG SEGERA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN

HUBUNGAN INTIM

Hubungan intim ialah hubungan antara perorangan yang amat rapat. Pesertanya sungguh mengenal atau mempercayai satu sama lain mahupun merupakan setiawan sesama. Hubungan intim juga boleh merujuk kepada hubungan yang berkeintiman fizikal atau berkeintiman emosi. Ia dicirikan oleh cinta yang romantis atau cinta yang penuh berahi, serta juga perapatan atau hubungan jenis.

Hubungan intim memainkan peranan yang utama dalam pengalaman manusia pada keseluruhannya. Manusia mempunyai keperluan sejagat untuk menyertai kelompok sosial, dengan keperluan itu dapat dipenuhi apabila hubungan intim dibentuk. Hubungan intim boleh terdiri daripada:

1.   orang yang menarik kita;
2.   mereka yang kita suka atau cintai;
3.   hubungan dengan orang yang romantik serta perhubungan jantina; dan
4.   mereka yang kita mengahwini dan yang kita memberikan sokongan emosi serta sokongan peribadi.
5.   Hubungan intim membekalkan seseorang dengan rangkaian sosial yang pula memberikan rapit emosi, selain daripada memenuhi keperluan sejagat untuk menyertai kelompok sosial dan keperluan untuk disayangi.

Kajian hubungan intim yang sistematik merupakan sebahagian penyelidikan yang agak baharu dalam bidang psikologi sosial yang telah muncul hanya beberapa dekad dahulu.Meskipun begitu, pemikiran sosial dan analisis hubungan intim telah wujud sejak zaman ahli falfasah Yunani yang awal. Walaupun kajian sarjana yang awal juga minat menyelidiki hubungan intim, ia dihadkan kepada diad atau kumpulan kecil di khalayak dan menumpukan dengan amat khusus tingkah-tingkah laku seperti:

o  persaingan dan kerjasama;
o  perundingan dan tawar-menawar;
o  pematuhan dan pertentangan.


PETUA MEMGANDUNG SEGERA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN



SUASANA SANTAI MASA BERHUBUNGAN
Suasana santai dalam melakukan hubungan intim sangat digalakkan. Jika anda telah mengetahui masa subur anda dan bersedia melakukan hubungan intim, maka jagalah mood anda dan bersikap santai.

Begitu pula dengan suami anda. Jika anda dan suami baru saja selesai melakukan pelbagai aktiviti, berehatlah dulu, segarkan badan anda, mandi antara slah satu cara. Setelah mood baik dan badan segar, barulah anda melakukan hubungan intim. Hadirkan suasana santai, kerana ini boleh menyokong berhasilnya proses persenyawaan.

PENGETAHUAN UMUM KEHAMILAN
Anda dan suami sebaiknya meningkatkan pengetahuan tentang kehamilan. Sebagai contoh,  berapa banyak jumlah sperma normal, bagaimana keadaan serviks saat masa subur, hormon apa yang mempengaruhi kehamilan, berapa lama sperma akan tiba di sel telur, dan lain-lain.

Pengetahuan ini dapat memberi gambaran pada anda tentang apa yang sebaiknya anda lakukan untuk memperoleh kehamilan.

PENGGUNAAN VITAMIN
Pengambilan makanan berkhasiat dan vitamin sangat penting dalam menyokong usaha mendapatkan kehamilan. Disarankan suami anda mengambil vitamin E dan Zinc. Vitamin ini boleh meningkatkan kualiti dan jumlah sperma.


Bagi isteri anda, cubalah asid folik yang dapat memberi anda nutrisi yang diperlukan untuk kehamilan dan juga penting dalam pembentukan sel otak bayi anda.

No comments:

Post a Comment