SEMUT
Semut ialah serangga sosial dalam famili
Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka
tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan
seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta
tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih
12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000
spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur
seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.
Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada
beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni
besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada
jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan
semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja",
"askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut
jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina
sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan
sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi
sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.
ANTARA PETUA MENGHALAU SEMUT YANG BANYAK DI DALAM RUMAH
ANDA

1. Taburkan
serbuk kunyit pada laluan mereka yang menuju kedalam atau arah kedalam rumah,
blok laluan mereka dengan meletakkan serbuk kunyit sepanjang jalan yang
membolehkan mereka masuk atau lalu didalam rumah.
2. Siat-siat
beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat
semut berkerumun.
3. Celup
kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang
dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet
dapur dan sebagainya. Kain ni kita potong buat mcm tali panjang sikit supaya
boleh ikat keliling bekas yang kita nk ikat tu.
4. Bakar
kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau
tempat semut berkerumun.
5. Letak
kulit timun berdekatan sarang nya atau laluannya.
6. Sembur
air yang dicampur dengan pati serai wangi di laluan semut serta tempat-tempat
yang sering semut berada. Boleh juga buat lap-lap meja dengan air serai wangi
ini untuk elak semut naik atas meja. Selain itu serangga-serangga lain seperti
lalat, lipas semua lari.
Tips berikut
ini untuk semut yang suka menghurung bekas gula.
7. Masukkan
beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih
ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau
bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
8. Letakkan
beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut
menghampiri gula. Mungkin rasa panas kot kan.
9. Masukkan
beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang
tersebut.
10. Last
sekali jika semua petua dah cuba dan semut tetap datang, kita cuba yang ni
pula… Kita sembang dengan semut-semut tu dengan berkata:
“Assalamualaikum
rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Ini
rumahku..Aku mahukan kebersihan..Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa
berzikir kepadaNya..Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu,
kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”
Jika kita
tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/
sheildtox/bakar semut-semut tu.
Kita tegur
mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut-semut ni
adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Semut-semut
ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..
Jika
kawan-kawan ada petua lain yang boleh dikongsi bersama boleh la cadang di komen
di bawah tu. Sama-sama kita berkongsi petua menghalau semut secara semulajadi
di sini.
Mana-mana
yang dah mencuba petua-petua di atas tu pun boleh kongsi pengalaman di sini
juga.
Di harap
dengan perkongsian tips menghalau semut ini dapat membantu kawan-kawan dalam
menghalau semut tanpa membunuh semut-semut tu kerana semut juga makhluk Allah
yang berhak hidup seperti kita semua.
No comments:
Post a Comment