PETUA
Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak
terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan
senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau
untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik,
satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains
komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.
PETUA
ORANG LAMA UNTUK ORANG MUDA
RAMBUT
GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan
airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu
hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut
dgn getah.
MENGHILANG
SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih
kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan
bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.
MENGHILANG
KETUMBIT MATA
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di
tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
MENURUNKAN
BERAT BADAN
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam
air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan
Berat Badan
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi
setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam
peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
MENGATASI
TUMIT PECAH
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing
buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi
No comments:
Post a Comment